Nuffnang Ads

Wednesday, August 19, 2009

Allah lebih menyayanginya...




Tanggal 13 Ogos 2009, kita dikejutkan dengan perginya sebuah permata dalam persada nasyid tanahair, Ustaz Asri Rabbani...Dikhabarkan bahawa Ustaz Asri jatuh ketika membuat latihan bersama ahli kumpulan Rabbani untuk sebuah program tv RTM...Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pantai Bangsar...

Secara peribadi, Along sendiri terkejut dengan berita pemergian Ustaz Asri ke rahmatullah kerana pada ketika itu, Along sedang berkursus di Langkawi selama 5 hari...Along amat mengagumi dan meminati Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani sejak dibangku sekolah lagi...Pada hemat along, Ustaz Asri dan Rabbani merupakan pioneer dalam persada nasyid seangkatan dengan kumpulan The Zikr, Nahwan Nur dan lain-lain lagi kerana along mengenali kumpulan Rabbani yang dahulunya dikenali dengan kumpulan nadamurni melalui lagu-lagu nasyid yang sarat dengan mesej dan zikrullah sejak zaman sekolah rendah lagi...Pemergian beliau amat dirasai dan merupakan 'wake up call' pada diri along sendiri yang penuh dengan kedangkalan dan kekurangan bahawa mati amatlah hampir kepada kita...Allah tidak akan mencepatkan atau melambatkan ketetapannya barang sedetik jua pun...

Along ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga dan saudara Allahyarham...Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatehah buat Allahyarham...Moga Allah merahmati rohnya dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang diberi ganjaran syurga oleh Allah SWT...Amin...

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... - ASRI RABBANI - petikan daripada http://asrirabbani.blogspot.com

3 comments:

  1. sy pon sgt sedih gak....sy suka sgt ngan lagu kumpulan rabbani... semoga rohnya ditempat org yg beriman...sesungguhnya kita yg hidup tdk tahu apa yg terjadi disana....al-fatiha

    ReplyDelete
  2. ustaz asri antara pendakwah yg mmpunyai cara dan cita2 dengan caranya yg tersendiri.. pemergian beliau tiada pengganti.

    sedih kan? tapi Allah lebih menyayangi beliau. semoga Allah menempatkan roh beliau di kalangan yg beriman dan para anbiya.

    moga kita semua juga lebih insaf dengan berita2 sebegini, spy kita dpt renung dan muhasabah amalan kita.. selamat mnyambut ramadhan buat along dan semua gafimmers :)

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah...semoga sejahtera disana. Teringat kembali lagu Pergi Tak Kembali yg sentiasa menjadi perigatan kepada kita semua. Didalam Al Quran sudah dinyatakan bahawa Allah menghidupkan manusia dan meenetuka ada yang dikembalikan awal dan ada yang akan hidup menempuh hari tua. Kita kena redha dengan ketentuan Illahi. Amin....

    ReplyDelete