Nuffnang Ads

Sunday, June 28, 2009

gafim@zoo






































































gud morning gafimmers...hope sume sihat n hepi for the wholeday...arini along quite letih sikit cz smalam drive balik bersama beluved wife dari kajang kol 10.30 mlm n arrived around 12.15 pg...but apepun we all mesti hepi punye bile tringat ape yg berlaku semalam kan...he3...mesti ade yg tersenyum panjang n mengelamun mengenangkan memorable day yg semua gafimmers lalui bersama akim...mesti seronok kan...tapi apepn,to other gafimmers yg tak dapat attend gathering,jgn sedih...next time leh join...ok,let me story cket bout that gathering...

gathering dimulakan dengan pendaftaran gafimmers dikaunter pendaftaran dipintu masuk zoo negara...gafimmers dibekalkan dengan bag pack yg mengandungi t-shirt event dan event schedule yg diselitkan dalam fail yg bertemakan zoo negara...
celoteh mr rosman n miss lara yg mengusik gafimmers menggamat suasana acara sementara menunggu acara dimulakan...program start around 9.30 a.m,along recite doa ntuk memulakan program pada hari tersebut...after that,tarian poco-poco dilakukan ntuk meregangkan otot n sendi gafimmers sebelum acara sukaneka...he3,ramai gafimmers yg berbakat menjadi penari cz kebanyakan gafimmers sgt bagus dlm tarian poco-poco...bepeluh gak la dorang cz tarian poco-poco ni melibatkan beberapa pergerakan yg sesuai ntuk warming up...

after that,acara sukaneka pn dimulakan...haha,gafimmers dibahagikan mengikut kumpulan tertentu...nama kumpulan adalah berdasarkan nama binatang yg telah ditetapkan oleh pihak committee...nama kumpulan tersebut antaranya kum Poni,hedge hog a.k.a kumpulan along(betul ke ejaan along ni?),parrot & snake...setiap kumpulan have their own trademark,hahaha...kelakar n happening dorang sumer...setiap kumpulan berpeluang berkenalan secara live ngan haiwan2 yg menjadi trademark bagi setiap kumpulan...haha..seems reality show gak la kan...ade gk gafimmers yg hampir dipatuk ngan sang parrot...tapi nothing worse,just patuk manje je...he3...

ada beberapa acara sukaneka antaranya gelung,baling selipar,paling panjang,baling dadu n sebagainya...memang sronok sgt cz gafimmers sume sporting n happening...dalam pada kitorang main game 'paling panjang',akim pn arrived...ape lgk,gafimmers yg sedang main game pn hilang fokus...hahaha...akim turut same turun padang join kitorang...game 'paling panjang' dimenangi oleh kumpulan hedge hog a.k.a kumpulan along..he3...hedge hog turut menang acara baling selipar...terer kan kumpulan hedge hog..he3...
then acara dimulakan dgn upacara perasmian gathering gafim@zoo yang disempurnakan oleh akim sendiri...upacara pemotongan kek juga dilakukan,n kalo gafimmers yg x dpt join nk tau,kek secret recipe tu besar sgt n ade picture akim lgk...sume gafimmers x melepaskan peluang ntuk capture pic akim...after that gafimmers berpeluang beramah mesra ngan akim...kebetulan lak dah lunch time,so dapatlah rest sambil menikmati makanan tengahari yg disediakan oleh committee...

then,after rest,acara diteruskan ngan mini show oleh akim...akim membawakan lagu bertajuk 'ayah & ibu','bencinta' & ade satu lagu yg along lupe tajuknya...akim menyanyikan lagu bercinta dgn baik & suara die x pecah mcm waktu kat konsert akhir AF haritu...congratez tu akim...
majlis sepatutnya diteruskan ngan animal show gafimmers bersama akim,but atas permintaan gafimmers,acara tersebut dibatalkan kerana gafimmers mahukan lebih masa ntuk beramah mesra n capture pic bersama akim...acara diteruskan lgk ngan game yg seterusnya iaitu game dadu...hahah...between that game akim join,ape lagik,akim wat perangai selamba die mengusik gafimmers yg playing that game...

selepas tamat semua game,upacara penyampaian hadiah dilakukan...sebelum terlupa,ade pertandingan mewarna untuk adik2,acara tersebut dimenangi oleh anak kak aidid (tahniah kepada anak kak aidid)...penyampaian hadiah diselangi dgn cabutan bertuah yg dicabut oleh akim,ibu,ayah,cik lin,cik ying n along...tahniah kepada gafimmers yg bertuah...
gafimmers juga berpeluang menyampaikan hadiah peribadi kepada akim...dorang juga tak melepaskan peluang bergambar dgn akim...

akhir sekali,final mini show akim dengan nyanyian lagu i'm yours bersama-sama ngan gafimmers...waktu tu hujan renyai2,but nyanyian akim yg berpadu bersama gafimmers sgt best dan membuatkan dorang tak berganjak...along yg melihat dari belakang sgt proud ngan sokongan gafimmers terhadap akim yg very supportive...

AKIMZ WISH...

thankz to committee member yg bertungkus lumus,gafimmers yg join that gathering (ade gafimmers yg datang dari perak n terengganu...fantastic),all gafimmers yg x dpt join,suki n family...

Tak lupa juga kepada gafimmers yg bagi present ky akim,akim sgt2 berterima kasih...n ade present yg dtg drp gafimmers from sarawak...really appreciate that...











Monday, June 22, 2009

Tuah ANGKA 3



Finalis Akademi Fantasia 7, Akim, mula merasai bahang jadi artis RAMAI yang berpendapat pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Akim atau nama sebenarnya, Afiq Akim Ahmad paling ketara menunjukkan transformasi seperti yang diingini dan dipukul canang pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Mungkin ada benar juga dakwaan itu kerana siapa sangka bermula sebagai peserta bukan pilihan, dia mula menunjukkan peningkatan demi peningkatan hingga layak melangkah ke pentas akhir AF7.


Hakikatnya di mana juga tangga yang diduduki, ia bukan jaminan dan kepastian bahawa takhta itu akan terus berkekalan dan membuat kita disanjung sampai bila-bila. Sama seperti usia, ia sekadar bilangan nombor yang menunjukkan kematangan. Gelaran atau apa saja penghargaan yang diberikan kepada kita jika tidak dijaga dengan baik mungkin ia akan terus berlalu sepi. Akhirnya semua berbalik kepada rezeki dan usaha kita untuk terus memastikan kejayaan yang diperoleh itu dimanfaatkan sepenuhnya. Demikian juga yang terjadi kepada pertandingan realiti nyanyian di negara kita seperti AF kerana juara serta bintang ciptaannya hilang tanpa disedari. Bahkan populariti yang dikecapi hanya sekelip mata. Lumrah dalam putaran kehidupan, ada kalanya kita berada di bawah dan begitulah sebaliknya. Lalu, bagi Akim dia berharap tuah angka tiga itu akan terus memberi sinar berpanjangan. Hadir dengan semangat besar lagi berkobar-kobar tidak setanding dengan usianya 18 tahun, Akim positif untuk memastikan rencana kerjaya seninya disusun dengan baik.


Bayangkan rezeki mula terbentang luas kepadanya kerana baru beberapa hari konsert kemuncak AF7 berakhir, dia dan naib juara AF7, Khairil Azam Pilus (Aril) disambar ‘terbang’ ke Jakarta untuk terbabit dengan penggambaran episod pengenalan sebuah drama muzikal usaha sama Astro dan produksi di sana. Hip difahamkan drama itu turut membabitkan pelakon dari sana. Hayunan langkahnya baru saja bermula dan jejaka kegilaan ramai ini mengakui kehidupannya kini sudah mula berubah seperti mana yang pernah dilalui bintang AF terdahulu. Katanya, privasi hidup sudah mula terhakis hari demi hari apabila mula menjadi perhatian umum. Malah, baru sebulan meninggalkan AF7, Akim mula dicop sudah mula ‘kekwat’ biarpun dia sendiri keliru bagaimana perihal itu boleh timbul. “Saya sedar apabila mula menjadi figura awam hampir setiap inci dan sisi kehidupan kita akan mula ditelanjangkan buat tatapan umum. Mahu atau tidak, saya perlu membiasakan semua itu dan melihatnya daripada sudut yang positif. Ia juga membuatkan saya lebih berhati-hati dalam apa juga sudut perkara dan pandangan yang ingin diluah dan lakukan.


“Dengan bakat yang saya miliki, saya akan cuba sedaya mungkin memastikan diri ini tidak mengikuti jejak langkah bintang AF musim terdahulu yang sepi tanpa khabar berita. Saya rasa boleh melakukan yang terbaik dan ingin memberikan sesuatu, paling tidak sumbangan terhadap industri seni tanah air. Untuk itu, saya harus bersedia menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada masa mendatang. “Realiti hiburan tanah air kita tidak seindah yang disangka. Dalam keghairahan bakat baru seperti saya mahu menjadi artis, sebenarnya ada sisi perit yang mula saya hadapi. Begitu juga dengan isu saya dikatakan ‘kekwat’, saya tidak melenting dengan hal itu. “Cuma saya bingung kenapa ia boleh wujud sedangkan saya seorang yang happy go lucky. Mungkin juga apabila saya kepenatan dan tidak senyum, orang mula salah anggap,” katanya yang sudah pun merakamkan kembali single lagu Bengang yang dinyanyikan pada konsert akhir AF7 Mei lalu. Misi bina nama di luar negara DITANYA apakah yang mampu dilakukannya untuk terus memartabatkan industri seni yang diterjah kini, Akim dengan nada semangat menjelaskan bahawa dia mempunyai misi yang mungkin akan dipandang sebelah mata oleh sesetengah manusia. Kata Akim, dia mahu mengukuhkan namanya di peringkat luar negara biarpun dia sedar kebarangkalian untuk berjaya memang amat mustahil. “Tak salah kita bermimpi atau berangan-angan. Tapi kita kena pastikan semua itu diiringi dengan usaha. Saya tahu semua itu masih jauh untuk saya fikirkan lagi. Sebelum ke peringkat luar, saya kena kukuhkan nama saya di Malaysia terlebih dulu. Saya mahu mengubah pandangan stereotaip sesetengah masyarakat kita yang terlalu memandang rendah terhadap kerja seni. “Seni bukan sekadar hiburan kosong, sebaliknya maksud istilah itu terlalu luas dan perlu dihargai. Saya mahu terus memperjuangkan seni supaya pemahaman terhadap khazanah hiburan itu dapat dikembangkan lagi dan tidak hanya berada dalam satu takuk semata-mata. Untuk ke pasaran luar, ia bukan semudah yang disangka. Lalu, kita pengkarya seni tempatan harus mengkaji apa yang orang luar mahukan, apa kehendak pasaran yang sebenarnya,” katanya berkobar-kobar.

Cari wanita bertudung

SENGAJA bertanya mengenai kisah peribadi, Akim yang belum berpunya memberitahu dia impikan wanita tidak mudah didekati dan bonus jika wanita itu bertudung seperti artis kegemarannya, Waheeda. “Saya paling suka dengan awek yang jual mahal dan tidak mudah diumpan dengan kata-kata cinta romantik dan jiwang. Wanita yang sebegitu ada harga diri dan ia menjadi cabaran kepada saya untuk menguratnya. Kalau dijodohkan saya dipertemukan dengan awek yang tidak bertudung, sebagai lelaki saya boleh mendidiknya untuk ke arah itu,” katanya mengakhiri perbualan pada petang itu. Fotografi sulung Akim bersama Hip berlangsung dengan jayanya pada petang 3 Jun lalu. Pujian wajar diberikan kepadanya kerana mampu beraksi di depan kamera dengan penuh ekspresi. Malahan, jurugambar yang bertugas juga melihat anak muda ini sangat ‘memberi’ dan memudahkan kerjanya. Sekali pandang, Akim seperti model berpengalaman yang cukup hebat dengan dua persalinan tajaan Hazwani Osman. Mungkin juga bakatnya di depan kamera memberikan pose dan mood berbeza antara punca dia diundang sebagai pelakon. Buat Akim, semoga terus tabah mengharungi liku dunia seni. Berpijak pada bumi yang nyata dan jangan sesekali lupa daratan. Pandangan Akim
AF7: Menganggap AF musim itu sebagai yang terbaik kerana melahirkan ikon bintang realiti yang terbaik lagi cemerlang. Malahan, pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina juga melunaskan tanggungjawabnya dengan baik.


Dunia seni: Penuh pancaroba, bukan semua indah seperti yang disangka. Satu pengalaman baru buat dirinya untuk menjadi lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan bicara.


Bengang: Lagu single yang dinyanyikannya pada pertandingan kemuncak AF7 dan cukup menggemari susunan muzik lagu terbabit.


Impian: Ingin menghantar ibu bapanya (Aminah Bahari dan Ahmad Suleiman) mengerjakan haji dan bercita-cita mahu memiliki kereta mewah BMW 5 Series


Astro Entertainmet Sdn Bhd: Mengikat kontrak selama tiga tahun dan berharap syarikat itu akan terus memastikan kebajikan artis di bawah naungannya dijaga. Perlu tahu mengenai Akim


Kidal
Selamba
Romantik
Tidur dengan hanya memakai seluar pendek
Mempunyai kesan lebam di tangan kanannya kesan seterika sewaktu kecil. Kata Akim, dia yang degil dan mencari nahas meletakkan seterika yang panas di tangannya.
Sangat manja terutama dengan ibunya, Aminah Bahari.
Degil
Sudah mula memakai pewangi berjenama Paco Rabbane daripada rangkaian Ultra Violet dan One Million
Pernah mencuba nasib menyertai uji bakat One In A Million musim ketiga sebelum ke uji bakat AF7.


Tidak suka kepada istilah penat namun realitinya dia sudah mula kepenatan memenuhi komitmen sebagai artis baru. Namun dia reda, kerana ini baru permulaan untuk sebuah perjalanan yang panjang. Sambil berseloroh, Akim memberitahu kalau penat macam-macam perkara boleh terjadi tanpa diduga hingga dia pernah dicop sudah mula ‘kekwat’.
Datang daripada keluarga yang semuanya mempunyai bakat menyanyi.
Tinggal dengan bapa saudaranya di Kajang, Selangor.
Berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik selewat-lewatnya pada tahun depan.

Profil Akim AF7

Nama penuh: Afiq Akim Ahmad Nama komersial: Akim

Umur: 18 tahun

Tarikh lahir: 18 Januari 1991

Tempat lahir: Johor Bahru Tinggi/Berat: 179 sentimeter / 72 kilogram

Adik beradik: Anak ketiga daripada empat beradik

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia

Pencapaian: Tempat ketiga AF7

Hobi: bermain futsal

Laman web: www.afiqhakim.com (disokong ahli kelab peminatnya, Gafim dan Akim menggunakan nama chat, AK3M di laman sesawang itu)

Emel: poteto_akem@yahoo.com

Tajaan pakaian: Hazwani Osman (hazwanieosman@gmail.com atau http://hazwanieosman.blogspot.com) Solekan: Ap Temerloh (019-9697607)

P/S:Thankz a lot to mr Zaidi Mohamad zaidim@bharian.com.my for the article.

Thursday, June 18, 2009

Gafim Gathering...




TARIKH: 28 JUN 2009, AHADMASA: 9 PAGI - 5 PETANG
TEMPAT: ZOO NEGARA, ULU KELANG, SELANGOR
PAKAIAN: T-SHIRT GAFIM.T-SHIRT EVENT akan diberikan pada hari tersebut untuk yang mendaftar.

AKIMZ BLOG CREW


Morning everydoby...opss,everybody...he3..i'm proud to introduce akimz blog crew...


PENASIHAT

Along


PENGERUSI

Mak Noor


SETIAUSAHA

Ecah


AJK PENYAMBUT TETAMU

Fiqa


AJK MEMERIAHKAN BLOG

Fiza,Emma,Baby,Mai


AJK LELAKI

Aslam


AJK WANITA

ct sepet


Sebarang cadangan penambahbaikan atau pengisian blog,sila email ke afham83@yahoo.com


Tahniah diucapkan kepada AJK yg telah dilantik...


Tuesday, June 9, 2009

akim vs freddie


Teringat along something yang along bualkan ngan akim mase 1st time jumpe die lepas tamat AF musim ke-7...kitorang borak2 n along tanye la sket macamane akim leh dapat attitude mood yg best mase konsert akhir AF7 tu...memang along tak nafikan performance akim malam final tu boom n sgt dramatik...n along expect mesti akim ade references mane2 top artist...then akim jawab,die amat teruja ngan performance freddie mercury,vocalist kumpulan Queen...
menurut akim,freddie really inspired him to add more drama and emotional into his performances...menurut akim lagik,sewaktu di akademi,die kerap menonton video persembahan freddie bersama kumpulan Queen yang diberikan principle tiara kepada pelajar AF7...not to be the next freddie mercury,but akim nak perform mengikut stail akim yang tersendiri...actually idea ntuk lagu bencinta dimana akim main tarik2 kain ngan backup dancers tu roughly gabungan idea akim ngan tenaga pengajar n production crew...pendapat along secara peribadi,performance akim sgt2 mengujakan,energetic n memorable...pendapat gafimmers lak camne?
p/s:apakah idola anda dalam industri muzik luar negara?just drop ur comment on it...thankz...


Monday, June 8, 2009

kolar baju nike akim kuning...

Morning all gafimmers...today,along nak share cite pasal akim...after akim come back to malaysia from indon,akim ade follow beberapa rakan af7 ntuk hantar hafiz ke airport...so at that time,ade beberapa fans yg ade ngan dorang...nak dijadikan cite,akim pakai so sempoi that morning...a simple white nike shirt...memang at that time akim tersangat la penat,but die menggagahkan diri ntuk follow dorg pi airport...but at that time,ade some fans yg prasan kolar baju akim kaler kuning berkarat...macam tak basuh daaa...huhu...tapi kata that fans,dorang tak kisah coz dah minat kat akim,kolar berkarat pun dorang suke...ekekek...

then,bile along jumpe die along tanye la kat die,"akim,apsal kolar baju lu berkarat beb?...macam tak basuh baju stahun jek"...then akim pun jawab sambil tergelak besar,"isy,takde r long...bukan akim tak basuh,kolar baju tu kene make up kaler kuning mase akim touch up muke r long..."
nasib baik kolar akim kuning berkarat bukan sebab tak basuh baju...huhu...kalo tak,jatuh saham akim...wuahahaha...to akim,sori dok,wa terpakse kuarkan cite ni tu explain to somebody yg detect kekuningan baju lu time tu...hehehe...
p/s:nak mintak komen from gafimmers,adakah boyz spesis yg malas basuh baju?just klik "comment" at the bottom of this post and u r welcome to comment whatever u want...tq...

Sunday, June 7, 2009

akimz head got bigger than ever?


Akim (AF7)
Baru popular sikit dah mula nak buat perangai. Macam tu la artis-artis baru sekarang ni. Itulah akibatnya bila artis kita ni tak ada cukup pengetahuan tapi nak jadi artis.
Orang nak jadi penyanyi, dia orang pun berangan besar nak menyanyi. Orang nak jadi pelakon, sesetengah tu pula perasan bagus nak jadi lebih hebat daripada pelakon.
Macam itulah artis kita. Bila kena tegur sikit mula nak naik angin. Ada sesetengah tu sanggup tulis macam-macam perkataan busuk dalam blog.
Minggu ni Niezam tegur sikit pasal Akim yang dapat tempat ketiga Akademi Fantasia Ketujuh (AF7).
Bukannya apa, ramai pihak sudah merungut dan meluat dengan perangai Akim yang dianggap dah besar kepala. Tak dinafikan mungkin Akim agak mentah orangnya. Yalah, baru 18 tahun usianya. Tapi syarikat rakaman ataupun pihak Astro kena latih artis-artis dia orang untuk jadi artis yang berjaya dan berkerja secara professional.
Bukannya apa Niezam dengar banyak rungutan mengatakan Akim suka menunjukkan reaksi kurang senang apabila berurusan dengan orang.
Malah di majlis-majlis tertentu dia suka buat perangai. Contohnya bila tengah bekerja, sibuk nak jawab panggilan telefon yang tak henti-henti masuk.
Yalah... bila dah jadi artis memang dia akan dapat peminat satu dunia tapi kena pandailah membahagikan masa di antara bekerja dan juga bersosial.
"Bukan tu saja, saya selalu perhatikan dia suka buat muka tak puas hati. Muka bad mood. Kalau ada orang tertentu telefon, mulalah dia tunjuk perangai besar kepala dia tu," kata seseorang.
Dalam masa yang sama Akim pernah mengadu kepada seorang wartawan yang dia penat jadi artis dan tak larat nak buat fotografi, promosi dan berlari ke sana ke mari.
Hai dik... baru beberapa hari jadi artis dah penat? Dalam dunia ni tak ada kerja yang tak penat. Orang kampung yang kerja tanam padi tu lagi la penat.
Kalau nak berjaya dalam bidang seni janganlah banyak songel sangat sebab artis yang macam ni tak boleh hidup lama. Tak percaya buat la perangai.
NIEZAM: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia akhirnya mengeluarkan amaran kepada selebriti bermulut jahat gara-gara tulisan blognya yang busuk umpama air longkang.

(petikan daripada pancaindera, mingguan malaysia, 7 Jun 2009)

Komen along...

Thankz to mr niezam for the article...it's a good article...along baca that article ngan akim yesterday, and his feedback was really good...just along nak bg feedback sket je tang muka x puas ati tu bukan akim x puas ati ngan anybody,just muke penat...akim manusia biasa n kdg2 letih...its a new situation yg die kene tempuhi,n along percaya sumer org yg baru terlibat ngan sesuatu bidang pasti nak get to use ntuk sesuaikan diri...ini adalah transformasi yg perlu akim lalui setelah melalui transformasi sewaktu di akademi...n along rase xde orang kt dunia ni yg tak tau penat,tol x?huhu...akim said,whatever yg mr niezam or others comment bout him,akim will take it positive...he'll try very hard to improve himself...for me,it's a good sign of akimz attitude...to all gafimmers,just wait for an extraordinary transformation from akim sooner...to akim,we'll alwayz support u no matter what...busuk ke,wangi ke,akim tetap adik along...nothing can change that fact...
p/s:sepanjang pemerhatian along,kepala akim still maintain macam dulu..tapi tang hidung yg ade besor sket..tak caye tengok gambo kat atas...wuahahahahaha....need comments from u guys...

Tuesday, June 2, 2009

hello gafimmers




gud morning gafimmers...hope sumer sihat n ceria for the whole day...along da abis kursus...n luckily, sempat gak jumpe akim after that coz kebetulan abang long balik umah family kak long kt kajang...so, dapat la jumpe akim cz after final konsert,along lansung tak sempat jumpe akim pasal kene pi kursus kt kuala terengganu...
at last dpt gak sit down n talk man to man ngan akim...nothing yg berubah tentang akim...same cam akim yg our family kenal...but yang berbeza adalah new world yg die berada skang ni...tapi,apepun akim tetap adik along n akim still kene bebel ngan along kalo die slack somewhere else...its for his own good...
here some pictures yg along captured...gambar akim ngan sepupu die n gambar akim nk pi interview radio era...