Nuffnang Ads

Monday, June 22, 2009

Tuah ANGKA 3



Finalis Akademi Fantasia 7, Akim, mula merasai bahang jadi artis RAMAI yang berpendapat pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Akim atau nama sebenarnya, Afiq Akim Ahmad paling ketara menunjukkan transformasi seperti yang diingini dan dipukul canang pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Mungkin ada benar juga dakwaan itu kerana siapa sangka bermula sebagai peserta bukan pilihan, dia mula menunjukkan peningkatan demi peningkatan hingga layak melangkah ke pentas akhir AF7.


Hakikatnya di mana juga tangga yang diduduki, ia bukan jaminan dan kepastian bahawa takhta itu akan terus berkekalan dan membuat kita disanjung sampai bila-bila. Sama seperti usia, ia sekadar bilangan nombor yang menunjukkan kematangan. Gelaran atau apa saja penghargaan yang diberikan kepada kita jika tidak dijaga dengan baik mungkin ia akan terus berlalu sepi. Akhirnya semua berbalik kepada rezeki dan usaha kita untuk terus memastikan kejayaan yang diperoleh itu dimanfaatkan sepenuhnya. Demikian juga yang terjadi kepada pertandingan realiti nyanyian di negara kita seperti AF kerana juara serta bintang ciptaannya hilang tanpa disedari. Bahkan populariti yang dikecapi hanya sekelip mata. Lumrah dalam putaran kehidupan, ada kalanya kita berada di bawah dan begitulah sebaliknya. Lalu, bagi Akim dia berharap tuah angka tiga itu akan terus memberi sinar berpanjangan. Hadir dengan semangat besar lagi berkobar-kobar tidak setanding dengan usianya 18 tahun, Akim positif untuk memastikan rencana kerjaya seninya disusun dengan baik.


Bayangkan rezeki mula terbentang luas kepadanya kerana baru beberapa hari konsert kemuncak AF7 berakhir, dia dan naib juara AF7, Khairil Azam Pilus (Aril) disambar ‘terbang’ ke Jakarta untuk terbabit dengan penggambaran episod pengenalan sebuah drama muzikal usaha sama Astro dan produksi di sana. Hip difahamkan drama itu turut membabitkan pelakon dari sana. Hayunan langkahnya baru saja bermula dan jejaka kegilaan ramai ini mengakui kehidupannya kini sudah mula berubah seperti mana yang pernah dilalui bintang AF terdahulu. Katanya, privasi hidup sudah mula terhakis hari demi hari apabila mula menjadi perhatian umum. Malah, baru sebulan meninggalkan AF7, Akim mula dicop sudah mula ‘kekwat’ biarpun dia sendiri keliru bagaimana perihal itu boleh timbul. “Saya sedar apabila mula menjadi figura awam hampir setiap inci dan sisi kehidupan kita akan mula ditelanjangkan buat tatapan umum. Mahu atau tidak, saya perlu membiasakan semua itu dan melihatnya daripada sudut yang positif. Ia juga membuatkan saya lebih berhati-hati dalam apa juga sudut perkara dan pandangan yang ingin diluah dan lakukan.


“Dengan bakat yang saya miliki, saya akan cuba sedaya mungkin memastikan diri ini tidak mengikuti jejak langkah bintang AF musim terdahulu yang sepi tanpa khabar berita. Saya rasa boleh melakukan yang terbaik dan ingin memberikan sesuatu, paling tidak sumbangan terhadap industri seni tanah air. Untuk itu, saya harus bersedia menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada masa mendatang. “Realiti hiburan tanah air kita tidak seindah yang disangka. Dalam keghairahan bakat baru seperti saya mahu menjadi artis, sebenarnya ada sisi perit yang mula saya hadapi. Begitu juga dengan isu saya dikatakan ‘kekwat’, saya tidak melenting dengan hal itu. “Cuma saya bingung kenapa ia boleh wujud sedangkan saya seorang yang happy go lucky. Mungkin juga apabila saya kepenatan dan tidak senyum, orang mula salah anggap,” katanya yang sudah pun merakamkan kembali single lagu Bengang yang dinyanyikan pada konsert akhir AF7 Mei lalu. Misi bina nama di luar negara DITANYA apakah yang mampu dilakukannya untuk terus memartabatkan industri seni yang diterjah kini, Akim dengan nada semangat menjelaskan bahawa dia mempunyai misi yang mungkin akan dipandang sebelah mata oleh sesetengah manusia. Kata Akim, dia mahu mengukuhkan namanya di peringkat luar negara biarpun dia sedar kebarangkalian untuk berjaya memang amat mustahil. “Tak salah kita bermimpi atau berangan-angan. Tapi kita kena pastikan semua itu diiringi dengan usaha. Saya tahu semua itu masih jauh untuk saya fikirkan lagi. Sebelum ke peringkat luar, saya kena kukuhkan nama saya di Malaysia terlebih dulu. Saya mahu mengubah pandangan stereotaip sesetengah masyarakat kita yang terlalu memandang rendah terhadap kerja seni. “Seni bukan sekadar hiburan kosong, sebaliknya maksud istilah itu terlalu luas dan perlu dihargai. Saya mahu terus memperjuangkan seni supaya pemahaman terhadap khazanah hiburan itu dapat dikembangkan lagi dan tidak hanya berada dalam satu takuk semata-mata. Untuk ke pasaran luar, ia bukan semudah yang disangka. Lalu, kita pengkarya seni tempatan harus mengkaji apa yang orang luar mahukan, apa kehendak pasaran yang sebenarnya,” katanya berkobar-kobar.

Cari wanita bertudung

SENGAJA bertanya mengenai kisah peribadi, Akim yang belum berpunya memberitahu dia impikan wanita tidak mudah didekati dan bonus jika wanita itu bertudung seperti artis kegemarannya, Waheeda. “Saya paling suka dengan awek yang jual mahal dan tidak mudah diumpan dengan kata-kata cinta romantik dan jiwang. Wanita yang sebegitu ada harga diri dan ia menjadi cabaran kepada saya untuk menguratnya. Kalau dijodohkan saya dipertemukan dengan awek yang tidak bertudung, sebagai lelaki saya boleh mendidiknya untuk ke arah itu,” katanya mengakhiri perbualan pada petang itu. Fotografi sulung Akim bersama Hip berlangsung dengan jayanya pada petang 3 Jun lalu. Pujian wajar diberikan kepadanya kerana mampu beraksi di depan kamera dengan penuh ekspresi. Malahan, jurugambar yang bertugas juga melihat anak muda ini sangat ‘memberi’ dan memudahkan kerjanya. Sekali pandang, Akim seperti model berpengalaman yang cukup hebat dengan dua persalinan tajaan Hazwani Osman. Mungkin juga bakatnya di depan kamera memberikan pose dan mood berbeza antara punca dia diundang sebagai pelakon. Buat Akim, semoga terus tabah mengharungi liku dunia seni. Berpijak pada bumi yang nyata dan jangan sesekali lupa daratan. Pandangan Akim
AF7: Menganggap AF musim itu sebagai yang terbaik kerana melahirkan ikon bintang realiti yang terbaik lagi cemerlang. Malahan, pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina juga melunaskan tanggungjawabnya dengan baik.


Dunia seni: Penuh pancaroba, bukan semua indah seperti yang disangka. Satu pengalaman baru buat dirinya untuk menjadi lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan bicara.


Bengang: Lagu single yang dinyanyikannya pada pertandingan kemuncak AF7 dan cukup menggemari susunan muzik lagu terbabit.


Impian: Ingin menghantar ibu bapanya (Aminah Bahari dan Ahmad Suleiman) mengerjakan haji dan bercita-cita mahu memiliki kereta mewah BMW 5 Series


Astro Entertainmet Sdn Bhd: Mengikat kontrak selama tiga tahun dan berharap syarikat itu akan terus memastikan kebajikan artis di bawah naungannya dijaga. Perlu tahu mengenai Akim


Kidal
Selamba
Romantik
Tidur dengan hanya memakai seluar pendek
Mempunyai kesan lebam di tangan kanannya kesan seterika sewaktu kecil. Kata Akim, dia yang degil dan mencari nahas meletakkan seterika yang panas di tangannya.
Sangat manja terutama dengan ibunya, Aminah Bahari.
Degil
Sudah mula memakai pewangi berjenama Paco Rabbane daripada rangkaian Ultra Violet dan One Million
Pernah mencuba nasib menyertai uji bakat One In A Million musim ketiga sebelum ke uji bakat AF7.


Tidak suka kepada istilah penat namun realitinya dia sudah mula kepenatan memenuhi komitmen sebagai artis baru. Namun dia reda, kerana ini baru permulaan untuk sebuah perjalanan yang panjang. Sambil berseloroh, Akim memberitahu kalau penat macam-macam perkara boleh terjadi tanpa diduga hingga dia pernah dicop sudah mula ‘kekwat’.
Datang daripada keluarga yang semuanya mempunyai bakat menyanyi.
Tinggal dengan bapa saudaranya di Kajang, Selangor.
Berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik selewat-lewatnya pada tahun depan.

Profil Akim AF7

Nama penuh: Afiq Akim Ahmad Nama komersial: Akim

Umur: 18 tahun

Tarikh lahir: 18 Januari 1991

Tempat lahir: Johor Bahru Tinggi/Berat: 179 sentimeter / 72 kilogram

Adik beradik: Anak ketiga daripada empat beradik

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia

Pencapaian: Tempat ketiga AF7

Hobi: bermain futsal

Laman web: www.afiqhakim.com (disokong ahli kelab peminatnya, Gafim dan Akim menggunakan nama chat, AK3M di laman sesawang itu)

Emel: poteto_akem@yahoo.com

Tajaan pakaian: Hazwani Osman (hazwanieosman@gmail.com atau http://hazwanieosman.blogspot.com) Solekan: Ap Temerloh (019-9697607)

P/S:Thankz a lot to mr Zaidi Mohamad zaidim@bharian.com.my for the article.

17 comments:

  1. Watchaaa...yeah!!!!!!!i org 1st..hehehee...caye lah kt akim....GOOD LUCK babe!!!!!! i baca gak ur article smlm...igt pesan2 aw...yg JERNIH amik r...sbg IKTIBAR.papepun AKIM mmg BEST!!!!!!!!see u at zoooooooooooo..but i mmmm xdapat join full with u..ade hal r..uhuuuuu...nk join tp...........argh!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. gud luck akim! sentiasa support dri blkg hehee

    ReplyDelete
  3. gud luck akim ! baca lah blog sy. hehe promote. ;p

    ReplyDelete
  4. Yezzer Akim....good luck!...akak akan sentiasa support Akim...good your article......tapi jgn hanya sebuah kata2 ya.... buktikan...Insyaallah Akim akan berjaya....jaga diri hiasi peribadi...kita jumpa di JB....

    ReplyDelete
  5. well done!
    always put ur whole effort on everything u r doing n ur fans will always support u!~

    ReplyDelete
  6. Dlm busy kerja sempat jenguk paper kejap, wow 3 page citer Akim. Terus akak mesej member, rupanya diapn send mesej yang sama.Terus usaha beli paper tu untuk simpanan. Apapun, Akim berusahalah realisasikan apa yang dikata. Semangat dan doa kami sentiasa untuk Akim. Gud luck!

    ReplyDelete
  7. Tok bagi tahniah kat Akim sebab dapat coverage 3 pages diBerita Harian berbanding dgn ----- yg came out 2 hari selepas Akim hanya satu page coverage saje. Kan betul Tok cakap, media likes you so kena always jaga ketrampilan, komunikasi dan budi bahasa. One more thing, sentiasa SENYUM..Insyallah you will go far.

    ReplyDelete
  8. Btooolll tu tooookkkk....chayook...chayoookkk...tu la akim kena jaga KEPERIBADIAN akim..kasi PUTIH BERSIH aw...anggap je kitorang ni cam sedara22 akim..kitekan sedara muslim..ahaksss...kitorang sentiasa SUPPORT akim dl dunia industri..chayooookk!!!!!!!!!
    GOOD LUCK akim!!!!!!!!!!!!!! u must gooo..gooo...far...Papepun LibRa leh gtaw AKIM mmg BEST!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Meh ramai² letak banner kat blog masing². Hope kita gafimmers Aktif slalu k

    ReplyDelete
  10. mmg kite dh create pn cuba xview lg konon nk skali pic gathering smlm tp...xsmpat r...huhuuhuhuhu...sbb pg tu ade hal reunion opisnye..xkan xmo join...dua22 penting da..igt leh r pecut ngn akim ptg smlm smpai lbh kurang 1/2jam tp kite xmasuk pn zoo tu..serba salah da...diorang nk balik da...huhuuhuhuuuuu....mmmm..p saje je mane taw leh menyemarakkan lg,tp...wawawaaaaa....errrmm...xpe la xleh join akim,dapat SOUVENIR je pn jd la..tpp xjmpe jugak yg arrange gathering tu..mm..DUGAAN..fan pn smpat jmpe ecah je..nasib gak,klu x...lg MERANA JIWA da..huhuuhuhuh

    ReplyDelete
  11. TERSALAH SEND HUHUHU YG ATAS TUH..........

    ReplyDelete
  12. WAH WALAPON DATANG LAMBAT...........

    RASE BEST GAK GATH TUH.......... HUHUHUUUU

    ReplyDelete
  13. akim suka aishah dan mila stacy

    ReplyDelete
  14. akim wslm take k2 btt la blum lg

    ReplyDelete
  15. akem comellah muka leh tak minta no. fon?please???

    ReplyDelete
  16. sye ske senyuman@mlt akem..........kcl dn cml.............

    ReplyDelete
  17. askm abg akim boleh tak kawan saya nak no.fon abg?

    ReplyDelete