Nuffnang Ads

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Datang Ramadhan...


Salam semua gafimmers, diharap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera...Agak lama along tidak menulis blog ini bagi pihak akim...Along tidak berapa sihat kerana demam selama lebih kurang seminggu dan terpaksa berkursus selama 5 hari di Langkawi...Along ingin mengambil peluang untuk berpesan kepada diri sendiri dan semua gafimmers supaya sentiasa menjaga kesihatan diri kerana wabak influenza A H1N1 semakin serius sejak akhir-akhir ini...Moga kita sama-sama terhindar daripada segala macam wabak...Amin...

Untuk pengetahuan semua, akim sibuk dengan pengambaran drama bertajuk "kau dan aku" di Indonesia...Lebih kurang minggu lepas, akim ada menelefon ibu bagi bertanyakan khabar keluarga di Johor Bahru...Menurut ibu, akim dalam keadaan yang sihat walaupun sibuk dengan aktiviti pengambaran...Dalam perbualan tersebut, akim ada membincangkan berkenaan majlis resepsi penghargaan kepada gafimmers yang belum sempat diadakan sejak musim Akademi Fantasia melabuhkan tirainya...Hasil daripada perbincangan singkat melalui telefon, kami sekeluarga bersetuju untuk mengadakan majlis rumah terbuka dan penghargaan kepada gafimmers yang akan diadakan di Johor bahru pada hari raya ketiga...Apapun, along akan memberi info lanjut berkenaan majlis tersebut sedikit masa lagi...

Untuk pengetahuan semua, akim mungkin akan kembali ke tanahair untuk merakamkan jingle untuk iklan modenas...Tetapi along kurang pasti bila tarikhnya...Apapun, harap-harapnya akim dapat pulang bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan menjelma...Disamping itu, along mewakili akim sekeluarga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua gafimmers...Semoga kita sama-sama mengambil peluang untuk beramal dan menginsafi diri seterusnya memperbaiki diri kita...InsyaAllah...

7 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan juga buat Akim, Along dan seisi keluarga. Semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat keberkatanNya... Amin...

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah...akhirnya yg ditunggu dh tibe.. ada gak shoot iklan modenas tu yek finally.. :D

    salam Ramadhan buat along, akim dan seisi keluarga.. harap along dah semakin sihat, nak2 menjelang bulan Ramadhan nnt, spy kta smua dpt menjalaninya dlm keadaan kita yg terbaik.. semoga Ramadhan kali ini lebih membawa keberkatan dan keinsafan buat kita semua. amin... thanks for the update along :)

    ReplyDelete
  3. salam Ramadhan gak wat Along, akim & family..=)
    selamat gak menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kpd abg long dan keluarga semoga ramadan tahun ini memberi seribu makna kpd anda semua...

    ReplyDelete
  5. Masmutiara Malik nak order btg buruk ek?skang still ade stok lgk...mas nak berapa n nak bile ek?

    ReplyDelete
  6. hai......akim so cute.....

    ReplyDelete